Wednesday, 6 November 2013

My life journey at UITM Sri Iskandar

Assalamualaikum and hye peeps.

Sebelum nak mulakan cerita nak tiup habuk jap.Kesian blog ni dah lama tak update disebabkan saya takde mase n tangan ni malas nak menaip n nak pikir idea nak post ape. Sebab idea semua da keluar kat projek n assigment bagai.So bile rase nak update je mesti mati idea. So just bukak then i leave it. Kesian kan. Rase macam tak dihargai pulak blog ni. Hahaha. Btw,sekarang aku tengah sem break. For one month only. Rasenye lagi dua minggu terbang balik ke Perak la. Tapi rasenye nak naik sem 2 ni aku rase macam excited sikit. Dont know why. Maybe sebab part 2 nanti aku takde subject drawing bagai. Tak payah nak bawak segala kertas n sub matter pergi kelas. Tak payah nak ulang alik pergi kedai Rahmath beli cultrage paper. Kalau nak ikutkan course outline aku part 2 nanti aku banyak belajar pasal design. Maknanya kene mengadap lappy sampai lebam la jawabnya. I guess. Hahaha.

Okay stop for that. 10 Jun 2013,secara rasminya aku dah jadi pelajar UiTM Seri Iskandar. Sebelum masuk memang excited. Tapi sebenarnya excited+nervous sebab kat sini aku kene fully independent. Memang aku pernah duduk asrama 5 tahun. Tapi takde la jauh sangat dari family. Dua minggu sekali dapat balik rumah. Kalau kat sini setiap kali cuti panjang je aku dapat balik. So,setiap satu sem aku cuma dapat 2 kali je balik. Mid-sem dengan sem break je. Tapi aku tak kisah pon walaupun kadang-kadang terase rindu dekat rumah n masakan mak. Tapi lepas 2 minggu kat sini aku dah dapat biasakan diri. Rutin aku setiap hari same je. Bangun pagi-pergi kelas-balik kelas-rehat-siapkan segala kerje. Tu je la rutin aku setiap hari. Ulang-ulang bende yang same setiap hari. Nak buat macam mane kan tulah kehidupan sebagai seorang pelajar.

The most important, kat sini aku dapat rasekan life teenager yang sebenar. Dapat kenal ramai kawan dari negeri-negeri lain.Tapi kelas aku takde yang dari utara ponn. Semuanya dari Selangor,Pahang dan Johor. Yeahh JDT tu semestinya. Hahaha. Ohh lupe nak cakap kat sini aku dapat kawan baru yang awesome! Hahaha. Dulu masa mula-mula kenal memang tak rase pape pon tapi bila da rapat,da dapat chemistry masing-masing. Haa pikir la sendiri jadi ape jadi kalau setiap kali jumpe! Aliya,Fahmi,Paan n Kawada (tu nama glamor dia. nama sebenar dia Hanis Ameera) itulah dia rakan-rakan saya yang awesome tuu.






Yeahh! thats us! sebenarnya banyak lagi gambar diorang. Tapi tak mampu nak upload semua sebab saiz gambarnya besar-besar belaka. Almaklumlah gambar diorang ni bukan satu dua. Memori kad aku boleh full n kadang-kadang tu sampai overload disebabkan gambar diorang je. Haahaha. Senang cerita diorang ni camwhoring. Pantang nampak kamera. 

Hampir 4 bulan study,sebelum sem break kene hadap final exam dulu. Seriously,aku main-main mase exam ni. Study ala kadar. Jawab pon hemm krik krik. last-last dapat pointer 3.03 jee. Yup,i deserved to get that. So, apa pun yang terjadi aku tetap dengan cita cita aku. Hope part 2 nanti lagi bagus dari part 1. AMINN. 

Okayy,i got go. Ni je yang mampu post. Okay la kan daripada takde langsung. Bye see you soon! :)

Wednesday, 8 May 2013

doodles! doodles!

assalamualaikum and hye peepss

tajuk entry nie doodles tau pon noodles takot ada yang cakap tersalah tulis pulak nanti. maybe ada yang tau apa itu doodles. dan ada jugak yang dalam kepala diorang ape bendenye tu?. haha itu perkara biasa la kan. bagi yang peminat seni macam aku ni kenal la ape itu doodles. sebenarnye mule-mule aku pon tak tau jugak pasal bende nie. tapi sejak bercuti panjang ni kan tak tau nak buat apa kat rumah try la tanye  En.Google apa itu doodle. rupenye sejenis lukisan tapi lebih kepada lukisan cara sempoii dan urban orang kate. jiwe mudaa la lebih kurang. walaupun sempoi tapi nak melukis nye bukan senang tau. bagi yang pro tu senang la. bagi aku yang mule nak merangkak ni adalah susah sikit. kene la tiru sikit-sikit dari google image. senang cerita la kan doodles ni terhasil dengan cara spontan. aku pon spontan jugak tapi spontan meniru. haha.

ni lah antara contoh doodles yang aku dapat dari en.google. salah satu faktor yang aku suke pasal doodles ni sebab comel! korang boleh tengok sendiri kan semua karakter dalam lukisan tu semua nye comel. tu yang aku try nak melukis jugak tu.


ni lah karya pertama yang aku cube buat. tak nampak macam doodle pon kan haha. tak menyerlah sangat warna hitamnye. sebab aku cuma gune pensil mahal 6B je. nak tau kenape aku panggil pensel mahal? sebabb satu batang pensel tu harganya RM2. klau pensel biase tu seringgit pon tak sampaii. doodle ni sebenarnye lebih cantik kalau pakai marker sebab lagi pekat. tapi marker sharpie aku dah kehabisan dakwat. naseb baekk laa ada stok pensil 6B nie. penat tau gune pensel. kene tekann mase nak lukis tu. lenguh tangan. 


taraa!! ni hasil yang kedua. gambar sebelum dan selepas di shadingkan. sebnarnye yang ni aku tiru dari google image cume ada tukar sikit-2. contohnye yang kucing tu gambar asalnye anjing. takkan aku nak lukis anjing pulakkan nanti menimbulkan spekulasi pulak. haha. yang petak-petak tu aku tak tau apa. da macam ketupat pon ada jugak aku tengok haha. tak kisah la apa ponn. yang ini pon still lagi menggunakan pensel. macam sesuai untuk kanak-kanak kan haha. trying to be more creative insyaAllah. :)

SYS! bubbye!!

#kalau tak tau sys tu ap baik pergi tengok oh my english skarang! ;)

Tuesday, 30 April 2013

pengalaman ditemuduga

Assalamualaikum and hye peepss.

disebabkan haritu dah cerite pasal interview kat uitm jadi kali ni nak citer pengalamannye plak. disebabkan interview nye hari ahad, petang sabtu tu aku dah bertolak ke JB dengan abah. nak diikutkan mak pon nak ikot tapi disebabkan dia ada aktiviti kat tempat aku so dia tak jadi la ikut. almaklum la pilihan raya nak dekat kan macam-macam la aktiviti dia. kadang-kadang aku pon terjoinn sekali haha :D. sebelum bertolak ke JB aku singgah la kejap kat kedai buku sebab nak beli skecth book dengan pensil 6b. persediaan la kononnye. alhamdullilah folio aku pon sempat sampai ke tangan aku sebelum aku berlepas. thanks a lot to my mr.teddy sebab sanggup hantarkan folio tu. love u!
 aku sampai kat bandar larkin dalam pukul 5 lebihh. sementara menunggu cousin aku jemput aku try la ushar2 kat mane yang ada kedai kasut sebab takkan aku nak pakai sandle aku tu dengan baju kurung kan. tak sesuai larr. malangnya takde plak kedai kasut yang dekat-dekat situ. terpaksa la cakap dengan cousin aku singgah kat mane2. dia kate malam nanti keluar lagi so beli malam nanti je la. so lepas maghrib tu satu family keluar sebab nak makan sekali. cousin aku bawak la pergi @Mart kat kempas tak silap aku. memang cantik sangat la kan sebab ada kedai kasut Hoover kat situ. lagi senang aku nak mencari. selalunye kalau perempuan pilih kasut lame kan. tapi aku tak pilih mane yang berkenan kat mate pastu tengok harga,try and terus belii.

ha nilah dia kasutnye. aku panggil kasut ni kasut bidan terjun sebab kalau tak disebabkan interview ni aku takkan beli kasut macam ni walaupun mak selalu sruh aku beli kasut flatshoes ni. salah satu faktornye aku tak suke sebab takut melecet and memang tak minat dengan kasut macam ni. pelikkan aku nie. haha. balik je dari makan aku siapkan apa yang patut. iron baju,cek folio balik. malam tu pulak aku tidor awal sebab ngantok sangatt. esoknye aku bangun dalam pukul 7. mandi and terus siap2. nasib baik la uitm nye dekat je dengan rumah cousin aku. so takde lah risau terlambat kan. ok untuk interview ni dia ada 2 bahagian. pertama ujian melukis dan kedua baru lah ditemuduga. untuk ujian melukis ni dia bagi la kotak,kerusi,kain pokok bunga. nanti dia susun la ikut suke hati dia and kite kene la lukis berdasarkan apa yang kite nampak je la. tapi yang malangnya tempat aku tu banyak lipatan kainnn. mampuss.
nasib baik la coraknye senang belaka. dia bagi masa setengah jam je. kalau tak sempat takpe mase time tunggu interview nanti bleh touch up. lepas ujian melukis kitorang kene tunggu untuk interview pulak. lame tuu. bosann plak tu. nak dekat pukul satu baru aku ditemuduga. dalam hati jangan la panel ni speaking. fuhh nasib baik tak speaking. dia cuma tanye apa yang awak tau pasal bidang yang awak ambil,lepas habis belajar boleh kerja ap. itu jerr. haha sebelum pergi tu bukan mainn lagi aku baca nota seni mase sekolah dulu. nak tergelak aku. habis je interview aku terus balik kluang. dengan harapan aku dapat la masuk uitm ni. nilah antara universiti yang aku harapkan and aku memang minat nak masuk. harap-harap dapat laa. aminnn. :)
ok la. jumpa lagi.bye!!
#iloveumr.teddy<3

Thursday, 25 April 2013

Temuduga Diploma Senilukis & Senireka UiTM

assalamualaikum and hye bloggers. :)

fuhh!! da bersawang rasenye blog ni. da berzaman tak mengupdate. salah satu faktornye ialah malas and tak tau nak story ape. so sekarang macam ade cerite sikit so i share la ye. yeah! manglish aku da keluar! haha XD. jadi untuk tahun 2013 ni macam2 jadi kat aku. bukan bende buruk tapi lumrah bagi setiap lepasan spm macam aku ni. manusia macam kitorang ni memang takkan terlepas dari pertanyaan2 yang biasa akan orang tanya. contohnye macam "spm dapat berape A?", "nak mohon mane lepas ni?", "amek bidang apa?". hermm something like that lar. kalau sorang je tanye takpe la jugak. ni da macam reporter and kitorang ni plak da macam artis yang hottt. heuheuheu :3

aku sebnarnye bukan nak bebel pasal bende ni. tapi nak citer laen. sebenarnye cek nak share a good news for me. 22/april hari tu try la bukak website upu. sebab sebelum tu da kira2 7 hari selepas permohonan ditutup semakan boleh dibuat. so bukak la website tu. tup tap tup tap pilih uitm and semak la name kat semakan temuduga. masukkan ic number and semak. hohoho!! gembira tak terkate bile dia cakap tahniah, anda terpilih untu temuduga uitm. padahal temuduga je. yella manetau ada rezeki dapat masuk terus kan.




lepas da save surat temuduga terus cakap ngan mak. mak pon ia kan aje sebab dia tak kisah aku nak amek bidang apa asalkan aku boleh bawak. tapi sebenarnye dia lagi galakkan aku amek cikgu tapi aku bukannye reti sangat nak mengajar orang haha :D. esoknye terus siapkan apa yang patut. cari sijil and selesai kan apa yang patut. dalam hati sebenarnye nerves campur gembira. so disebabkan nerves and risau pasal interview ni tangan ni rajin la nak mencari blogger yang pernah ada experience pasal bende nie. so hilang la sikit rase nerves tu. ape pon aku harap semua nya berjalan lancar la sepanjang interview nnti. aku tak risau sangat pasal melukis walaupunn tak la sehebat mane. yang aku risau ni pasal nak mengadap panel temuduga tu nnti. interview in english tu. mak haiii aku ni memang terer sangat dalam bi. memang tah pape la nanti aku jawab. huhhh -,-. btw harap semuanya ok and aku dapat diterima masuk ke UiTM. aminnn. 

ok tamat sudahh citer kite kali ni. papehal nanti aku update la ye jika ada masa :)
bubbye, assalamualaikumm :)