Tuesday, 18 December 2012

sunshine :)

assalamualaikum and hye bloggers :)

Da lame kan tak update. da berhabuk da blog aku ni. haha. harap semua sihat la ye. akhir-akhir ni aku selalu pening kepala. dont know why. maybe kurang exercise kot. huhu. nak kata kurang makan memang pon sebab kat rumah aku kurang makan berbanding kat hostel. kalau kat hostel tu kalau boleh setiap masa mulutnya nak mengunyah. aishh tetibe rindu plak kat hostel. huhu. :') ok hari ni adik-adik PMR kite akan ambil result. hope all success la ye. :)

ok berbalik pada tajuk aku tadi. entry kali nie nak citer pasal matahari. haha. mesti pelik kan. tak tau la kenape den tetibe nak citer pasal matahari ni. den bukan nak jadi national geografic nak kaji matahari bagai. ngehehe. matahari yg aku nak citer ni mendalam sangat maksudnye. so kene paham-paham sendiri la ye. hehe. semua quotes ni aku dapat dari buku 'matahari' by Hilal Asyraf. mesti korang tak kenal kan. aku sendiri pon mule-mule tak kenal jugak ngn penulis ni. kawan baik aku yg recommend kat aku so try je la. best! :) sape nak cube baca tu cube la cari bukunye. penuh dengan ciri-ciri dan gaya hidup islamik. 
ni la cover buku matahari tu. :)

memang best citer dalam buku matahari ni. rugi klau tak baca. ngehehe. (promote plak kat sini) ok i just want to share a quotes from this book. :)

1. matahari,
penyedar kepada masa,
penentu kepada arah,
sungguh manusia memerlukannya,
baik di langit mahupun di bumi,
matahari di langit tinggi sudah kita ketahui.
maka siapa yang bergerak menjadi matahari di bumi,
menyedarkan sekalian manusia?

2. berbanding membakar dengan kepanasan,
matahari memilih memberi petunjuk dengan cahayanya,
sungguh manusia perlu memahami manusia,
dan menyentuh jiwa-jiwa,
bukan menghilangkan pengharapan kepada Rabbnya
matahari menjadi petunjuk buat pengembara
manusia memerlukan contoh menuju Tuhannya.
siapakah yang benar-benar memahami,
apkah tanggungjawabnya sebagai hamba?

3. cinta seperti matahari,
perlu dalam kehidupan,
tetapi harus sabar merasa teriknya,
perjalanan cinta penuh dengan penuh cabaran,
bukan semua ada keindahan,
realiti tidak sama dengan cerita,
kamu tidak pernah tahu,
apa yang untuk kamu yang Allah susun.
namun bagi yang arif dasar cintanya tidak akan keguguran

haa tu la serba sikit yang ada dalam buku matahari tu. sebenarnya banyak lagi tapi tangan nye da malas menaip. haha. :D buku ni banyak cerita pasal alam sekolah,rumah tangga,percintaan,perjuangan mencari kebenaran dan perihal ummah. dan yang penting berasas kan islam. :) 
ok la setakat ni dulu citer aku. lain kali aku update lagi k. assalamualaikum. :)

#da jadi pengulas buku da aku ni. haha. :D