Wednesday, 6 November 2013

My life journey at UITM Sri Iskandar

Assalamualaikum and hye peeps.

Sebelum nak mulakan cerita nak tiup habuk jap.Kesian blog ni dah lama tak update disebabkan saya takde mase n tangan ni malas nak menaip n nak pikir idea nak post ape. Sebab idea semua da keluar kat projek n assigment bagai.So bile rase nak update je mesti mati idea. So just bukak then i leave it. Kesian kan. Rase macam tak dihargai pulak blog ni. Hahaha. Btw,sekarang aku tengah sem break. For one month only. Rasenye lagi dua minggu terbang balik ke Perak la. Tapi rasenye nak naik sem 2 ni aku rase macam excited sikit. Dont know why. Maybe sebab part 2 nanti aku takde subject drawing bagai. Tak payah nak bawak segala kertas n sub matter pergi kelas. Tak payah nak ulang alik pergi kedai Rahmath beli cultrage paper. Kalau nak ikutkan course outline aku part 2 nanti aku banyak belajar pasal design. Maknanya kene mengadap lappy sampai lebam la jawabnya. I guess. Hahaha.

Okay stop for that. 10 Jun 2013,secara rasminya aku dah jadi pelajar UiTM Seri Iskandar. Sebelum masuk memang excited. Tapi sebenarnya excited+nervous sebab kat sini aku kene fully independent. Memang aku pernah duduk asrama 5 tahun. Tapi takde la jauh sangat dari family. Dua minggu sekali dapat balik rumah. Kalau kat sini setiap kali cuti panjang je aku dapat balik. So,setiap satu sem aku cuma dapat 2 kali je balik. Mid-sem dengan sem break je. Tapi aku tak kisah pon walaupun kadang-kadang terase rindu dekat rumah n masakan mak. Tapi lepas 2 minggu kat sini aku dah dapat biasakan diri. Rutin aku setiap hari same je. Bangun pagi-pergi kelas-balik kelas-rehat-siapkan segala kerje. Tu je la rutin aku setiap hari. Ulang-ulang bende yang same setiap hari. Nak buat macam mane kan tulah kehidupan sebagai seorang pelajar.

The most important, kat sini aku dapat rasekan life teenager yang sebenar. Dapat kenal ramai kawan dari negeri-negeri lain.Tapi kelas aku takde yang dari utara ponn. Semuanya dari Selangor,Pahang dan Johor. Yeahh JDT tu semestinya. Hahaha. Ohh lupe nak cakap kat sini aku dapat kawan baru yang awesome! Hahaha. Dulu masa mula-mula kenal memang tak rase pape pon tapi bila da rapat,da dapat chemistry masing-masing. Haa pikir la sendiri jadi ape jadi kalau setiap kali jumpe! Aliya,Fahmi,Paan n Kawada (tu nama glamor dia. nama sebenar dia Hanis Ameera) itulah dia rakan-rakan saya yang awesome tuu.






Yeahh! thats us! sebenarnya banyak lagi gambar diorang. Tapi tak mampu nak upload semua sebab saiz gambarnya besar-besar belaka. Almaklumlah gambar diorang ni bukan satu dua. Memori kad aku boleh full n kadang-kadang tu sampai overload disebabkan gambar diorang je. Haahaha. Senang cerita diorang ni camwhoring. Pantang nampak kamera. 

Hampir 4 bulan study,sebelum sem break kene hadap final exam dulu. Seriously,aku main-main mase exam ni. Study ala kadar. Jawab pon hemm krik krik. last-last dapat pointer 3.03 jee. Yup,i deserved to get that. So, apa pun yang terjadi aku tetap dengan cita cita aku. Hope part 2 nanti lagi bagus dari part 1. AMINN. 

Okayy,i got go. Ni je yang mampu post. Okay la kan daripada takde langsung. Bye see you soon! :)

Wednesday, 8 May 2013

doodles! doodles!

assalamualaikum and hye peepss

tajuk entry nie doodles tau pon noodles takot ada yang cakap tersalah tulis pulak nanti. maybe ada yang tau apa itu doodles. dan ada jugak yang dalam kepala diorang ape bendenye tu?. haha itu perkara biasa la kan. bagi yang peminat seni macam aku ni kenal la ape itu doodles. sebenarnye mule-mule aku pon tak tau jugak pasal bende nie. tapi sejak bercuti panjang ni kan tak tau nak buat apa kat rumah try la tanye  En.Google apa itu doodle. rupenye sejenis lukisan tapi lebih kepada lukisan cara sempoii dan urban orang kate. jiwe mudaa la lebih kurang. walaupun sempoi tapi nak melukis nye bukan senang tau. bagi yang pro tu senang la. bagi aku yang mule nak merangkak ni adalah susah sikit. kene la tiru sikit-sikit dari google image. senang cerita la kan doodles ni terhasil dengan cara spontan. aku pon spontan jugak tapi spontan meniru. haha.

ni lah antara contoh doodles yang aku dapat dari en.google. salah satu faktor yang aku suke pasal doodles ni sebab comel! korang boleh tengok sendiri kan semua karakter dalam lukisan tu semua nye comel. tu yang aku try nak melukis jugak tu.


ni lah karya pertama yang aku cube buat. tak nampak macam doodle pon kan haha. tak menyerlah sangat warna hitamnye. sebab aku cuma gune pensil mahal 6B je. nak tau kenape aku panggil pensel mahal? sebabb satu batang pensel tu harganya RM2. klau pensel biase tu seringgit pon tak sampaii. doodle ni sebenarnye lebih cantik kalau pakai marker sebab lagi pekat. tapi marker sharpie aku dah kehabisan dakwat. naseb baekk laa ada stok pensil 6B nie. penat tau gune pensel. kene tekann mase nak lukis tu. lenguh tangan. 


taraa!! ni hasil yang kedua. gambar sebelum dan selepas di shadingkan. sebnarnye yang ni aku tiru dari google image cume ada tukar sikit-2. contohnye yang kucing tu gambar asalnye anjing. takkan aku nak lukis anjing pulakkan nanti menimbulkan spekulasi pulak. haha. yang petak-petak tu aku tak tau apa. da macam ketupat pon ada jugak aku tengok haha. tak kisah la apa ponn. yang ini pon still lagi menggunakan pensel. macam sesuai untuk kanak-kanak kan haha. trying to be more creative insyaAllah. :)

SYS! bubbye!!

#kalau tak tau sys tu ap baik pergi tengok oh my english skarang! ;)

Tuesday, 30 April 2013

pengalaman ditemuduga

Assalamualaikum and hye peepss.

disebabkan haritu dah cerite pasal interview kat uitm jadi kali ni nak citer pengalamannye plak. disebabkan interview nye hari ahad, petang sabtu tu aku dah bertolak ke JB dengan abah. nak diikutkan mak pon nak ikot tapi disebabkan dia ada aktiviti kat tempat aku so dia tak jadi la ikut. almaklum la pilihan raya nak dekat kan macam-macam la aktiviti dia. kadang-kadang aku pon terjoinn sekali haha :D. sebelum bertolak ke JB aku singgah la kejap kat kedai buku sebab nak beli skecth book dengan pensil 6b. persediaan la kononnye. alhamdullilah folio aku pon sempat sampai ke tangan aku sebelum aku berlepas. thanks a lot to my mr.teddy sebab sanggup hantarkan folio tu. love u!
 aku sampai kat bandar larkin dalam pukul 5 lebihh. sementara menunggu cousin aku jemput aku try la ushar2 kat mane yang ada kedai kasut sebab takkan aku nak pakai sandle aku tu dengan baju kurung kan. tak sesuai larr. malangnya takde plak kedai kasut yang dekat-dekat situ. terpaksa la cakap dengan cousin aku singgah kat mane2. dia kate malam nanti keluar lagi so beli malam nanti je la. so lepas maghrib tu satu family keluar sebab nak makan sekali. cousin aku bawak la pergi @Mart kat kempas tak silap aku. memang cantik sangat la kan sebab ada kedai kasut Hoover kat situ. lagi senang aku nak mencari. selalunye kalau perempuan pilih kasut lame kan. tapi aku tak pilih mane yang berkenan kat mate pastu tengok harga,try and terus belii.

ha nilah dia kasutnye. aku panggil kasut ni kasut bidan terjun sebab kalau tak disebabkan interview ni aku takkan beli kasut macam ni walaupun mak selalu sruh aku beli kasut flatshoes ni. salah satu faktornye aku tak suke sebab takut melecet and memang tak minat dengan kasut macam ni. pelikkan aku nie. haha. balik je dari makan aku siapkan apa yang patut. iron baju,cek folio balik. malam tu pulak aku tidor awal sebab ngantok sangatt. esoknye aku bangun dalam pukul 7. mandi and terus siap2. nasib baik la uitm nye dekat je dengan rumah cousin aku. so takde lah risau terlambat kan. ok untuk interview ni dia ada 2 bahagian. pertama ujian melukis dan kedua baru lah ditemuduga. untuk ujian melukis ni dia bagi la kotak,kerusi,kain pokok bunga. nanti dia susun la ikut suke hati dia and kite kene la lukis berdasarkan apa yang kite nampak je la. tapi yang malangnya tempat aku tu banyak lipatan kainnn. mampuss.
nasib baik la coraknye senang belaka. dia bagi masa setengah jam je. kalau tak sempat takpe mase time tunggu interview nanti bleh touch up. lepas ujian melukis kitorang kene tunggu untuk interview pulak. lame tuu. bosann plak tu. nak dekat pukul satu baru aku ditemuduga. dalam hati jangan la panel ni speaking. fuhh nasib baik tak speaking. dia cuma tanye apa yang awak tau pasal bidang yang awak ambil,lepas habis belajar boleh kerja ap. itu jerr. haha sebelum pergi tu bukan mainn lagi aku baca nota seni mase sekolah dulu. nak tergelak aku. habis je interview aku terus balik kluang. dengan harapan aku dapat la masuk uitm ni. nilah antara universiti yang aku harapkan and aku memang minat nak masuk. harap-harap dapat laa. aminnn. :)
ok la. jumpa lagi.bye!!
#iloveumr.teddy<3

Thursday, 25 April 2013

Temuduga Diploma Senilukis & Senireka UiTM

assalamualaikum and hye bloggers. :)

fuhh!! da bersawang rasenye blog ni. da berzaman tak mengupdate. salah satu faktornye ialah malas and tak tau nak story ape. so sekarang macam ade cerite sikit so i share la ye. yeah! manglish aku da keluar! haha XD. jadi untuk tahun 2013 ni macam2 jadi kat aku. bukan bende buruk tapi lumrah bagi setiap lepasan spm macam aku ni. manusia macam kitorang ni memang takkan terlepas dari pertanyaan2 yang biasa akan orang tanya. contohnye macam "spm dapat berape A?", "nak mohon mane lepas ni?", "amek bidang apa?". hermm something like that lar. kalau sorang je tanye takpe la jugak. ni da macam reporter and kitorang ni plak da macam artis yang hottt. heuheuheu :3

aku sebnarnye bukan nak bebel pasal bende ni. tapi nak citer laen. sebenarnye cek nak share a good news for me. 22/april hari tu try la bukak website upu. sebab sebelum tu da kira2 7 hari selepas permohonan ditutup semakan boleh dibuat. so bukak la website tu. tup tap tup tap pilih uitm and semak la name kat semakan temuduga. masukkan ic number and semak. hohoho!! gembira tak terkate bile dia cakap tahniah, anda terpilih untu temuduga uitm. padahal temuduga je. yella manetau ada rezeki dapat masuk terus kan.




lepas da save surat temuduga terus cakap ngan mak. mak pon ia kan aje sebab dia tak kisah aku nak amek bidang apa asalkan aku boleh bawak. tapi sebenarnye dia lagi galakkan aku amek cikgu tapi aku bukannye reti sangat nak mengajar orang haha :D. esoknye terus siapkan apa yang patut. cari sijil and selesai kan apa yang patut. dalam hati sebenarnye nerves campur gembira. so disebabkan nerves and risau pasal interview ni tangan ni rajin la nak mencari blogger yang pernah ada experience pasal bende nie. so hilang la sikit rase nerves tu. ape pon aku harap semua nya berjalan lancar la sepanjang interview nnti. aku tak risau sangat pasal melukis walaupunn tak la sehebat mane. yang aku risau ni pasal nak mengadap panel temuduga tu nnti. interview in english tu. mak haiii aku ni memang terer sangat dalam bi. memang tah pape la nanti aku jawab. huhhh -,-. btw harap semuanya ok and aku dapat diterima masuk ke UiTM. aminnn. 

ok tamat sudahh citer kite kali ni. papehal nanti aku update la ye jika ada masa :)
bubbye, assalamualaikumm :)

Tuesday, 18 December 2012

sunshine :)

assalamualaikum and hye bloggers :)

Da lame kan tak update. da berhabuk da blog aku ni. haha. harap semua sihat la ye. akhir-akhir ni aku selalu pening kepala. dont know why. maybe kurang exercise kot. huhu. nak kata kurang makan memang pon sebab kat rumah aku kurang makan berbanding kat hostel. kalau kat hostel tu kalau boleh setiap masa mulutnya nak mengunyah. aishh tetibe rindu plak kat hostel. huhu. :') ok hari ni adik-adik PMR kite akan ambil result. hope all success la ye. :)

ok berbalik pada tajuk aku tadi. entry kali nie nak citer pasal matahari. haha. mesti pelik kan. tak tau la kenape den tetibe nak citer pasal matahari ni. den bukan nak jadi national geografic nak kaji matahari bagai. ngehehe. matahari yg aku nak citer ni mendalam sangat maksudnye. so kene paham-paham sendiri la ye. hehe. semua quotes ni aku dapat dari buku 'matahari' by Hilal Asyraf. mesti korang tak kenal kan. aku sendiri pon mule-mule tak kenal jugak ngn penulis ni. kawan baik aku yg recommend kat aku so try je la. best! :) sape nak cube baca tu cube la cari bukunye. penuh dengan ciri-ciri dan gaya hidup islamik. 
ni la cover buku matahari tu. :)

memang best citer dalam buku matahari ni. rugi klau tak baca. ngehehe. (promote plak kat sini) ok i just want to share a quotes from this book. :)

1. matahari,
penyedar kepada masa,
penentu kepada arah,
sungguh manusia memerlukannya,
baik di langit mahupun di bumi,
matahari di langit tinggi sudah kita ketahui.
maka siapa yang bergerak menjadi matahari di bumi,
menyedarkan sekalian manusia?

2. berbanding membakar dengan kepanasan,
matahari memilih memberi petunjuk dengan cahayanya,
sungguh manusia perlu memahami manusia,
dan menyentuh jiwa-jiwa,
bukan menghilangkan pengharapan kepada Rabbnya
matahari menjadi petunjuk buat pengembara
manusia memerlukan contoh menuju Tuhannya.
siapakah yang benar-benar memahami,
apkah tanggungjawabnya sebagai hamba?

3. cinta seperti matahari,
perlu dalam kehidupan,
tetapi harus sabar merasa teriknya,
perjalanan cinta penuh dengan penuh cabaran,
bukan semua ada keindahan,
realiti tidak sama dengan cerita,
kamu tidak pernah tahu,
apa yang untuk kamu yang Allah susun.
namun bagi yang arif dasar cintanya tidak akan keguguran

haa tu la serba sikit yang ada dalam buku matahari tu. sebenarnya banyak lagi tapi tangan nye da malas menaip. haha. :D buku ni banyak cerita pasal alam sekolah,rumah tangga,percintaan,perjuangan mencari kebenaran dan perihal ummah. dan yang penting berasas kan islam. :) 
ok la setakat ni dulu citer aku. lain kali aku update lagi k. assalamualaikum. :)

#da jadi pengulas buku da aku ni. haha. :D

Friday, 9 November 2012

exam mood!

Assalamualaikum..

Hye kawan2 sekalian. Kali nie aq nak post entry pasal exam,kawan,sekolah, and macam2 lagi la. Kali nie aq nak bebel banyak sikit. Huhuhu. Jangan marah ye kawan2. Sekadar untuk berkongsi cerita. :)
Ok kite mule citer pasal exam dulu, ermm 5.NOVEMBER.2011. Tarikh keramat bagi aq ngan kawan2 lain. sbb hari nie bermula lah perjuangan kami menuju ke puncak kejayaan. cehwah ayat da macam ayat pengetua da aq nie. huehue. nak dijadikan cerita malam sebelum exam tu aq x rse ppe langsong. still relax lagi. cehwah! padahal dalam hati aq rase macam x nak esok jek. haha. semua bende aq prepare malam tu. kononnye x nak kelam kabut esok pagi. :) pagi isnin tu bangun je tido aq terpikir aq nak periksa ke hari nie?
macam x caye plak. haha. tapi bukan aq sorg jer yg rase. kwan2 aq pon rse bnde yg same.yela org prangai macam budak2 lagi mmg la rse mcm tu. haha. :D jejak je kaki kat skolah,perasaan takut n gelisah mule ad dalam diri aq. huhu. amek kau! semalam berlagak sngat x rase ppe. dalam pukul 7.15 cikgu da panggil calon2 spm beratur kat dataran perhimpunan yg aq bakal tinggalkn nnti. huhu sedih pulok. ;(
hari first biasela pengetua berucap dulu. mase tu pon parents pon ad gak. tapi parents sy x dapat datang. sedih sikit la. :'( yela tgk diorang salam mak bapak dyorg,peluk,cium. sedih la. aq nak jugak macam tue tapi nak wat camne kan. mak bapak mertua adalah. hehe. xde la sje je cakap. 

on the way nak pergi letak bag aq jalan ngan asiyah. dia cakap ngn aq 'sheera,aq rase kaki aq mcm longlai je nk jalan,' aq ketawa je la. relax ar siyah aq pon rse mcam tu jgak. haha. sebelum masuk dewan dia sempat wish goodluck kat aq. hehe. terima kasih awak! masuk je dewan periksa rase nervous tu mcm maken kuat plak. haish payah nie. mase mule2 masuk atas meja da ad buku jawapan. atas tu dia tulis 'LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA' huu. pejam celik aq tgk buku jawapan tu. macam x cye je aq spm hari nie. but its reality. alhamdullilah dalam mase 4 hari nie aq da settle 5 1/2 subjek. npe 5 1/2?? sebab seni aq belum habes settle lagi. haha. so naik cuti nie aq ad lagi 4 subjek. nmpak je 4 kan? tapi kitorg la yg akan menutup tirai spm 2012. ha sebab kitorg amek EA. pulak tu EA paper last skali. hmm mmg last papeerr la. haha. tapi bile pikir balik rase mcam berat hati plak nak tinggalkan STK n ASTK nie. 5 tahun aq mmbesar kat sini. macam2 yg aq da lalui ngn kawan2 aq. ketawa,menangis,gaduh,tarik muke,x puas hati n macam2 lagi la. mmg da rencah hidup macam tu nak wat camne kan? kite yg kene pandai nak control bende tu semua. emosi mmg kene jage la. lepas nie kitorg da x dengar lagi bunyi siren gi dewan makan, dengar suara pengetua kesayangan, dengar suara papa kassim, x dapat duduk dlm kelas 5SK, gelak2 ngn kwan2 lain, n x perlu lagi pagi2 kene menapak naik tngge g skolah. i will miss the moment.:') n paling penting sekali baju putih n kain biru pas nie boleh lelong. haha.
apa yg aq harap skarang nie kitorg dapat buat yg terbaik untuk sekolah n kitorg sendiri. aminn.:)

k la.that all for this time. see u soon. bye!

Saturday, 27 October 2012

A few days more


Assalamualaikum. :)

hye guys. long time no see you'll right? hope all healthy and happy always. hmm going to close this exam may be all sorts of health care is all ok. talks about the exam,in my calculations, there is again a week. ha believe it or not all SPM candidates? right quickly time passes. already the end of October. November would come to us. oh november please be good to me.

ok for the last post before i go back to the hostel, i want to wish all SPM candidate 2012 all the best n good luck. harap semua calon dapat keputusan yang cemerlang. aminn. :)
ok i have a tips bfore exam to all exam candidates. take note!

ulangkaji pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual

Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.

Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan

Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Mohon Maaf

Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok

Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untukkhasiat sayuran.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya


Sumber :Tips Bijak Menghadapi Peperiksaan

thats a few tips that i can share with you all. All the best!
for my beloved family, wish me luck n be calm in exam hall. forgive my all mistake that i do to all.
for my beloved frenz, good luck n be the best among the best.
for my dearest, if u can dream it, u can doit. :)
ok. that all for this time. till then. bye!

#iloveallwho'sloveme >.<